Thursday, February 5, 2009

Kereta Pertamaku

inilah kereta pertama aku juga merangkap hobi aku..ianya telah dibeli pada April 2002...satria 1.3 manual tahun 1997..semasa aku membelinya..keadaannya pada masa itu adalah 'standard'..kemudian aku telah meng'lowered'kannya..dan menggantikan rim sukan asalnya kepada rim sukan bersaiz 15 inci..seterusnya aku telah menggantikan 'ekzos' yang senyap kepada bunyi yang lebih perang(senang kengkawan nak cam)...

setelah 2 tahun berkhidmat, enjin asal kereta ni dah semakin uzur dan akhirnya telah sampai ajalnya...lalu aku telah menukarkannya kepada enjin japang 4G92 iaitu Mitsubishi 1.6 twin cam..di mana aku telah mendapat enjin ni dari pomen sebuah bengkel di Serdang iaitu Khidmat Auto...maka bermulalah penukaran enjin dari 1.3 kepada 1.6..inilah ghupa enjin yang aku tukar satu ketika dulu...(abis rojak dah nih..)
setelah penukaran enjin selesai yang mengambil masa selama 3 hari, aku telah meng'test'kan kereta aku bagi mengenalpasti kekurangannya..dan ianya telah membawa kepada penukaran sistem gantungan dari 1.3 kepada 1.6 dengan menggunakan absorber dari jenama TUFF dan dikacukkan dengan spring2 dari jenama DR SPRING..selain itu aku telah menukar rim sukan dari saiz 15 kepada saiz yang lebih besar iaitu 17 dari jenama BSA..pada waktu ini, kereta aku ini telah mengalami penukaran wajah dari wajah tempatan kepada wajah luar negara (apa lagi...dari japang la..) iaitu bodykit Mivec..(masa nih gambar tak ambik..so..takde)
projek terakhir yang aku lakukan terhadap kereta aku ini ialah menukar balik rupa japangnya kepada rupa tempatan yang lebih smart dan hensem....iaitu aku telah meng'convert'kannya kepada Satria GTI...inilah hasilnya sebelum kereta aku ini dijual..di mana ia telah berjasa kepada ku selama 4 tahun....










2 comments: